Profail Jabatan /Latar Belakang

LATAR BELAKANG PENTADBIRAN DAERAH TONGOD

Daerah Kecil Tongod telah diwujudkan pada tahun 1977 dimana Bangunan Mini Urus Setia telah dibina dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Tongod yang pertama ialah Encik Charles Andau dan beliau berasal daripada Keningau.

Pada 01 Mac 1999, Daerah Kecil Tongod telah diisytiharkan sebagai Daerah Penuh sekaligus Bangunan Urus Setia yang kedua telah dibina.

Pada 24 Mei 1999, Datuk Matius Sator telah menjadi Pegawai Daerah Tongod yang pertama dan beliau berasal daripada Ranau.

Seterusnya, Bangunan Urus Setia Daerah Tongod yang ketiga telah dibina pada tahun 2001 dan masih menjadi pusat pentadbiran daerah Tongod sehingga sekarang.

Image

MENARIK DI DAERAH TONGOD

Bentuk muka bumi Daerah Tongod adalah berbukit-bukau dan juga sedikit kawasan bergunung-ganang membentuk lembangan yang menjadi tadahan kepada Sungai Kinabatangan. Dengan puncak tertingginya ialah Gunung Lotung (1,776 m), manakala sungai terpanjang adalah Sungai Milian (Sungai Kinabatangan).

Antara suku kaum/etnik yang mendiami daerah Tongod adalah terdiri daripada etnik Orang Sungai,KadazanDusun, Bajau, Murut, Cina. Bahasa pengantara utama yang digunakan di daerah Tongod ialah Bahasa Melayu dengan percampuran loghat antara Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah dengan dialek Sungai yang pekat. Akan tetapi,bahasa-bahasa sukuan juga masih dituturi oleh sebahagian besar warga Tongod.

Agama Kristian merupakan anutan agama utama penduduk di daerah Tongod dengan kira-kira 66% dari penduduknya, manakala Islam di tempat kedua dengan 27% dan 7% lagi menganuti agama Buddha. Sumber ekonomi penduduk di daerah Tongod adalah bergantung sepenuhnya kepada sektor perladangan dan peruncitan secara kecil-kecilan.

Antara tempat menarik dan pelancongan yang ada di daerah Tongod ialah Maliau Basin Conservation Area, Pinangah Forest Reserve, Tangkulap Forest Reserve, Tensung Waterfall Agropolitan Lalampas Tongod dan banyak lagi!

Secara keseluruhan, daerah Tongod mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihannya tersendiri khususnya dari segi kekayaan alam sekitar, flora dan fauna. Tidak hairanlah mengapa daerah Tongod sememangnya The Heart of Sabah.

Image