Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan) Pejabat Daerah Tongod, Encik Armon bin Bining mewakili Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Encik Ronley Saringan, hadir bersama dengan Pegawai Kebajikan Daerah Tongod dan wakil UPPM N.57 Kuamut di Kampung Masaum, untuk melawat dan memberikan sedikit taklimat berkenaan dengan Projek Peningkatan Daya Tahan Wanita Luar Bandar ke Arah Ekonomi Hijau.
Klik Sini
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor berkata bahawa projek bernilai RM1.2 bilion merupakan usaha pembangunan kilang bersepadu pengeluaran batu hangus dan simen di Kampung Kawayoi Penangah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di daerah Tongod, sekaligus menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat setempat. Selain itu, infrastruktur lain seperti jalan raya, air, elektrik dan telekomunikasi akan dimajukan sejajar dengan pembinaan kilang ini.
Klik Sini
YB Datuk Masiung Banah, ADUN N.57 Kuamut merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bertempat di Kampung Alitang, Tongod. Pelancaran Rumah Mesra SMJ ini adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi membantu rakyat dan memastikan mereka mempunyai akses kepada perumahan mampu milik.
Klik Sini
Pada 18 Mei 2024 telah berlangsung Majlis Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod tahun 2024 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri l/Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan, diiringi Oleh YB Datuk Masiung Banah ADUN N.57 Kuamut, merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah dan YBhg. Encik Nelson Domil Oluk, Pegawai Daerah Tongod merangkap Pengerusi Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod tahun 2024.
Klik Sini
Sambutan Maโal Hijrah pada tahun ini berjaya dilaksanakan dan disempurnakan oleh YBhg. Encik Yuesri Ismail Yusof, Pegawai Daerah Tongod. Turut diucapkan terima kasih atas kehadiran YBhg. SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz B. Hj Jaafar Mufti Kerajaan Negeri Sabah sebagai penceramah jemputan pada kali ini. Tahniah diucapkan juga buat AJK pelaksana sambutan Maโal Hijrah pada kali ini yang sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan program sentiasa berjalan dengan lancar.
Klik SiniMajlis Suai Kenal Pegawai Daerah Tongod & Jasamu Dikenang telah diadakan bagi menyambut Encik Yuesri Ismail bin Yusof,selaku Pegawai Daerah Tongod yang baru dan perpindahan mantan Pegawai Daerah Tongod Encik Nelson Domil Oluk, ke Pejabat Daerah Kuala Penyu. Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara bagi menghargai setiap jasa bakti yang dicurahkan kepada daerah Tongod semasa berkhidmat. Jabatan Tanah dan Ukur Tongod: โข Encik Marcus Ansun โข Encik Bastian Ibau Majlis Daerah Tongod: โข Encik Johanis Mualas Turut diselitkan acara Nota Serah Tugas Pengerusi PUSPANITA TONGOD dan penghargaan kepada Puan Elviana Gunong, Unduk Ngadau Daerah Tongod 2024.
Klik Sini
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya 20 JUN โ YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah mengetuai Sesi Libat Urus Strategik bersama Pejabat Daerah Tongod. Sesi dimulakan dengan taklimat yang menggariskan struktur organisasi, hala tuju pentadbiran daerah serta isu-isu semasa berkaitan perjawatan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh Pegawai Daerah, Tuan Yuesri Ismail Yusof pada 17 Jun, lepas. Antara fokus utama yang dibincangkan ialah: โข Isu kekosongan jawatan dan cadangan pewujudan jawatan baharu; โข Pengurusan perbelanjaan berulang secara bertanggungjawab dan cekap; โข Peruntukan tambahan yang dimanfaatkan secara optimum; โข Komitmen terhadap akauntabiliti, integriti dan pelaksanaan Pelan Tindakan Anti Rasuah PDTGD (OACP); โข Penekanan terhadap struktur organisasi serta keperluan pengukuhan penyampaian perkhidmatan. Dalam amanatnya, YBhg. Datuk KPPAN menegaskan bahawa disiplin kehadiran dalam kalangan penjawat awam merupakan cerminan integriti, tanggungjawab dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. YBhg. Datuk turut berkesempatan meninjau Rumah SMJ, antara inisiatif penting Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat, di mana beliau melihat sendiri pelaksanaan di peringkat akar umbi. Turut hadir memeriahkan sesi: โข Pn. Aidah @ Idah binti Awang โ Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) โข Pn. Patricia Vain โ Timbalan Setiausaha Tetap (Pengurusan), KPLB Sabah โข Pn. Maznah binti Maun โ Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam โข En. Rozhan Zul Azri Talikop โ Pengarah Bahagian Saraan & Pencen โข Pn. Hajah Khadijah binti Hj. Sutrisnoh โ Pengarah Bahagian Governan & Korporat โข Pegawai-pegawai kanan JPAN Sabah daripada BPO, BPA dan BSP JPAN Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Pejabat Daerah Tongod atas kerjasama erat dan layanan mesra sepanjang sesi berlangsung. Semoga jalinan strategik ini menjadi pemangkin kepada tadbir urus daerah yang lebih cekap, menyeluruh dan berimpak tinggi kepada rakyat. Sekian, terima kasih. Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Klik Sini
03 Ogos 2025, Sabtu - TONGOD Tahniah diucapkan buat YBhg. Tuan Yuesri Ismail Yusof Pegawai Daerah Tongod atas idea dalam menganjurkan bual bicara antara setiap jabatan-jabatan di daerah Tongod yang berkenaan. Idea seumpama ini sememangnya sangat membantu dalam mengupas dan memberi pencerahan kepada masyarakat Tongod berkenaan info dan perkara yang sedang berlaku di Tongod. Melalui bual bicara ini juga, bersempena dengan Majlis Amanat ADUN N.57 Kuamut dan Majlis Pecah Tanah Bangunan Komersial (LPPB) Fasa 2, masyarakat Tongod dapat mendengar sendiri penjelasan terperinci dari jabatan-jabatan yang berkaitan.
Klik Sini
Buat semua warga Tongod, sistem E-Lesen akan mula dilancarkan di Pejabat Daerah Tongod pada 20hb Julai 2023 (Hari Khamis). Dengan adanya sistem E-Lesen ini, warga Tongod tidak perlu lagi datang ke pejabat untuk membuat urusan perlesenan melainkan hanya perlu melakukan secara atas talian dengan melayari laman Facebook rasmi Pejabat Daerah Tongod untuk maklumat lanjut, untuk menyokong Visi Kerajaan Digital iaitu 5A yang membawa akronim "Accessible by Anyone at Anytime, Anywhere, by Any Mobile Device" Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat di talian 088-748 799 (Khidmat Pelanggan). Terima kasih.
Klik Sini
Orang awam boleh membuat aduan berkaitan dengan bencana daerah Tongod dengan menghubungi talian hotline yang tertera di bawah. Terima kasih.
Klik Sini
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Serah Tugas Pegawai Daerah Tongod antara Tuan Nelson Domil Oluk kepada Tuan Yuesri bin Ismail Yusof, Pegawai Daerah Tongod yang baru di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tongod. Majlis turut dihadiri oleh PPM N.57 Kuamut, Encik Tokyo Hashim, wakil daripada Mahkamah Anak Negeri (MAN) Tongod, wakil daripada Majlis Daerah Tongod dan semua kakitangan Pejabat Daerah Tongod. Dengan ini, warga Tongod ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yuesri bin Ismail Yusof dan berbanyak terima kasih kepada mantan Pegawai Daerah Tongod, Tuan Nelson Domil Oluk di atas segala khidmat dan jasa bakti yang beliau telah curahkan sepanjang menjadi Pegawai Daerah di daerah Tongod.
Klik Sini