MEDIA /GALERI

Satu Eksplorasi Amal Budaya ke Kampung Inarad, Tongod telah dijalankan pada 9-10 Mac 2024, dengan kerjasama Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR), Persatuan Pacuan Empat Roda Ranau dan Persatuan Pacuan Empat Roda Tongod, Pasar Percuma Tongod dan Free Mark Ranau. Tujuan eksplorasi ini dibuat adalah untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan masyarakat yang mendiami Kampung Inarad. Selain itu, eksplorasi ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat di Inarad dengan memberikan barangan secara percuma sesuai dengan keperluan mereka dan mengeratkan lagi silaturahim yang ada.

Majlis Amanat ADUN N.57 Kuamut telah berlangsung dengan jayanya, apatah lagi dengan kehadiran YB Datuk Masiung Banah yang telah menaikkan lagi semangat warga Tongod dengan ucapannya yang penuh dengan inspirasi dan telah membakar semangat semua yang hadir pada majlis tersebut.