MEDIA /GALERI

Sekali lagi program Eksplorasi Amal Budaya (EAB) Vol.2, anjuran team Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR), RFWDA, Ranau Free Market (RFM), Pasar Percuma Tongod (PPT) dan Team 4x4 Tongod (KAC) menuju ke destinasi baru iaitu di Kampung Kuamut, Tongod. Istimewanya ekspedisi pada kali ini adalah penyertaan dari Pegawai Daerah Tongod, Encik Yuesri Ismail bin Yusof, Team 4x4 Kundasang dan Johan Unduk Ngadau Daerah Tongod 2024, Cik Elviana Gunong.

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Serah Tugas Pegawai Daerah Tongod antara Tuan Nelson Domil Oluk kepada Tuan Yuesri bin Ismail Yusof, Pegawai Daerah Tongod yang baru di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tongod. Majlis turut dihadiri oleh PPM N.57 Kuamut, Encik Tokyo Hashim, wakil daripada Mahkamah Anak Negeri (MAN) Tongod, wakil daripada Majlis Daerah Tongod dan semua kakitangan Pejabat Daerah Tongod. Dengan ini, warga Tongod ingin mengucapkan selamat datang kepada Tuan Yuesri bin Ismail Yusof dan berbanyak terima kasih kepada mantan Pegawai Daerah Tongod, Tuan Nelson Domil Oluk di atas segala khidmat dan jasa bakti yang beliau telah curahkan sepanjang menjadi Pegawai Daerah di daerah Tongod.

Pada 18 Mei 2024 telah berlangsung Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod 2024 yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri l/Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Diiringi Oleh YB Datuk Masiung Banah ADUN N.57 Kuamut merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah serta turut mengiringi beliau YBhg. Encik Nelson Domil Oluk Pegawai Daerah Tongod merangkap Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod tahun 2024.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor berkata bahawa projek bernilai RM1.2 bilion merupakan usaha pembangunan kilang bersepadu pengeluaran batu hangus dan simen di Kampung Kawayoi Penangah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di daerah Tongod, sekaligus menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan khususnya kepada masyarakat setempat. Selain itu, infrastruktur lain seperti jalan raya, air, elektrik dan telekomunikasi akan dimajukan sejajar dengan pembinaan kilang ini. Pada majlis yang sama, Hajiji telah menyerahkan sebanyak 83 geran tanah kepada penerima dari Kampung Kuamut, Kampung Entilibon, Kampung Mananam dan Kampung Penangah.

Satu Eksplorasi Amal Budaya ke Kampung Inarad, Tongod telah dijalankan pada 9-10 Mac 2024, dengan kerjasama Persatuan Unduk Ngadau Ranau (PUNR), Persatuan Pacuan Empat Roda Ranau dan Persatuan Pacuan Empat Roda Tongod, Pasar Percuma Tongod dan Free Mark Ranau. Tujuan eksplorasi ini dibuat adalah untuk mengenali dengan lebih dekat budaya dan masyarakat yang mendiami Kampung Inarad. Selain itu, eksplorasi ini juga bertujuan untuk membantu masyarakat di Inarad dengan memberikan barangan secara percuma sesuai dengan keperluan mereka dan mengeratkan lagi silaturahim yang ada.

Majlis Amanat ADUN N.57 Kuamut telah berlangsung dengan jayanya, apatah lagi dengan kehadiran YB Datuk Masiung Banah yang telah menaikkan lagi semangat warga Tongod dengan ucapannya yang penuh dengan inspirasi dan telah membakar semangat semua yang hadir pada majlis tersebut.