PENGENALAN /PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

Salam hormat dan selamat melayari Laman Web Pejabat Daerah Tongod.

Pada hakikatnya, Tongod adalah daerah yang sedang membangun dari segi kemudahan infrastruktur, fasiliti, peningkatan taraf hidup dan perkembangan sosio-ekonomi.

Dengan wujudnya laman web ini, kami berharap dapat memberi serba sedikit maklumat mengenai daerah Tongod. Walaupun masih agak kekurangan tetapi kami akan sentiasa memperbaikinya dari semasa ke semasa dan cuba untuk memenuhi keperluan maklumat yang diperlukan.

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan dari semua untuk memperbaiki laman web ini.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas usaha dan komitmen dalam membina laman web ini.

Selamat melayari laman web Pejabat Daerah Tongod.

"𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈"

"𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀"

Saya yang menjalankan amanah,

Hadzlan Jablee
Pegawai Daerah Tongod

Image